Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi Kelab Prostar Daerah Sepang * Bersama Menjana Transformasi 1 Malaysia * Sihat Sepanjang Hayat...

Tuesday, May 3, 2011

PROGRAM PERINTIS KESIHATAN DAN KECERGASAN MELALUI BUDAYA SUKAN

PROGRAM PERINTIS KESIHATAN DAN KECERGASAN MELALUI BUDAYA SUKAN merupakan program yang julung-julung kalinya akan dipraktikkan diperingkat akar umbi (sekolah) dengan matlamat utama menerapkan fahaman kesihatan dan kecergasan melalui pengamalan cara hidup sihat melalui aktiviti sukan.
 Antara aktiviti-aktiviti program perintis ini ialah sesi penerangan kesihatan, ujian kefahaman bertulis kesihatan, ujian kecergasan fizikal, sesi klinik sukan ekstrem BMX Flatland / Stunt untuk pelajar-pelajar mempelajari teknik-tekniknya dan demonstrasi eksklusif daripada atlit-atlit professional sukan ekstrem Malaysia.
 Sebagai permulaan program perintis akan dijalankan di sekolah kebangsaan di sekitar Shah Alam Selangor. Hanya 5 buah sekolah terpilih akan menyertai program ini sebanyak 9 sesi selama 3 bulan bermula pada Februari hingga April 2011.
 Selain daripada pendedahan kesihatan (bahaya rokok/dadah), diakhir program, pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang akan mendapat hadiah misteri daripada Persatuan Sukan Ekstrem Selangor. Malah pelajar-pelajar yang menunjukkan bakat serta potensi dalam bidang sukan ekstrem akan diberi bimbingan lanjutan berkaitan sukan ekstrem.
 Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila hubungi pegawai Persatuan Sukan Ekstrem Selangor di talian 012 582 6361 atau emel ke yusri.pses@gmail.com.
  

No comments:

Post a Comment

Prostar Sepang

Prostar Sepang
Kenangan Di Princess Haliza,Sepang 2010.

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi Kelab Prostar Daerah Sepang

Terima kasih kerana melawat laman blog rasmi Kelab Prostar Daerah Sepang (KPDS).Laman blog ini masih lagi di dalam modifikasi untuk menambahbaikkan blog.sebarang cadangan dan aduan sila emailkan kepada webmaster : kelabprostarsepang@yahoo.com

Tujuan Prostar ditubuhkan adalah berdasarkan :-

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan serta kerjasama agensi-agensi berkaitan dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja Malaysia. Kelab Prostar merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dengan pelbagai rangkaian atau cawangan di seluruh Malaysia. Semua remaja Malaysia layak untuk menyertai kelab prostar sepang ini.

Mesyuarat Agong Kelab Prostar Malaysia Kali Ke 11

MESYUARAT AGUNG KELAB PROSTAR MALAYSIA KALI KE 11 -

Tarikh : 30 Disember 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi-5.00 Petang.
Tempat : Dewan Megapuri, Tingkat 30, Bangunan DBKL,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur


"Bersama Menjana Transformasi 1 Malaysia"