Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi Kelab Prostar Daerah Sepang * Bersama Menjana Transformasi 1 Malaysia * Sihat Sepanjang Hayat...

Wednesday, December 14, 2011

Jom memeriahkan Program Sambutan Hari Aids Sedunia 2011


Wednesday, November 16, 2011

Program Sahsiah Pelajar SMK Seri Sepang


Satu program kerjasama diantara Prostar Sepang bersama pelajar-pelajar SMK Seri Sepang (Prostar SMK Seri Sepang). Program selama 3 hari 2 malam ini berlangsung sepenuhnya di SMK Seri Sepang yang bermula daripada 11 November sehingga 13 November 2011.



Tuesday, May 3, 2011

PROGRAM PROSTAR SEPANG

Kem Sahsiah Diri Pelajar Sekolah Menengah Daerah Sepang

Tempat : Sekolah Menengah Pantai Sepang Putra
Tarikh : 6 hingga 8 Mei 2011

Jumpa di sana..

INFO SIHAT

Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Zon Aktiviti Fizikal

Zon Aktiviti Fizikal
Tarikh   : Setiap Hari Rabu bermula 21 April 2010
Masa     : 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Lobi Aras 2, Blok E 10, Bahagian Pendidikan Kesihatan
Aktiviti   :
  • Ujian kecergasan fizikal
  • Sesi khidmat nasihat aktiviti fizikal


Khidmat nasihat adalah percuma ... datanglah beramai-ramai !

PROGRAM PERINTIS KESIHATAN DAN KECERGASAN MELALUI BUDAYA SUKAN

PROGRAM PERINTIS KESIHATAN DAN KECERGASAN MELALUI BUDAYA SUKAN merupakan program yang julung-julung kalinya akan dipraktikkan diperingkat akar umbi (sekolah) dengan matlamat utama menerapkan fahaman kesihatan dan kecergasan melalui pengamalan cara hidup sihat melalui aktiviti sukan.
 Antara aktiviti-aktiviti program perintis ini ialah sesi penerangan kesihatan, ujian kefahaman bertulis kesihatan, ujian kecergasan fizikal, sesi klinik sukan ekstrem BMX Flatland / Stunt untuk pelajar-pelajar mempelajari teknik-tekniknya dan demonstrasi eksklusif daripada atlit-atlit professional sukan ekstrem Malaysia.
 Sebagai permulaan program perintis akan dijalankan di sekolah kebangsaan di sekitar Shah Alam Selangor. Hanya 5 buah sekolah terpilih akan menyertai program ini sebanyak 9 sesi selama 3 bulan bermula pada Februari hingga April 2011.
 Selain daripada pendedahan kesihatan (bahaya rokok/dadah), diakhir program, pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang akan mendapat hadiah misteri daripada Persatuan Sukan Ekstrem Selangor. Malah pelajar-pelajar yang menunjukkan bakat serta potensi dalam bidang sukan ekstrem akan diberi bimbingan lanjutan berkaitan sukan ekstrem.
 Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila hubungi pegawai Persatuan Sukan Ekstrem Selangor di talian 012 582 6361 atau emel ke yusri.pses@gmail.com.
  

Friday, February 4, 2011

Ahli Jawatankuasa Prostar Malaysia Sesi 2011 - 2013

SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK
KELAB PROSTAR MALAYSIA SESI 2011-2013


PRESIDEN
Dr.Ismail B. Lasa - Perak

TIMBALAN PRESIDEN
Che Rahim B. Che Ismail - Kelantan

PENOLONG SETIAUSAHA
Mohamad Firdaus B. Shir Mohamad - Selangor

BENDAHARI
Noor Izatul Hisham B. Abd Rahim - Pahang

AJK
Izham B. Ahmad - Pulau Pinang
Mohd Shaiful Akmal B. Rosli - Kedah
Dr. Mazlina Bt. Mokhtar - Melaka
Azhar B. Noor Rahman - Johor
Ahmad Faizal B.Jusoh - Pahang
Sharif Amang B. Sh Miasin - Selangor
Ustaz Mohd Zainal B. Khamis - Selangor
Hj Zainuddin B. Hj Abd Samad - K. Lumpur

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Zahid B. Elias - Perak
Norhayati Bt. Ramli - K. Lumpur

Tuesday, January 18, 2011

Gotong Royong Prostar Sepang

Bersama bergotong royong demi kesejahteraan persekitaran.
Masa     : 10 Pagi
Tarikh    : 22 Januari 2011
Tempat  : Rumah Kelab Prostar Sepang,
               Kampung Giching.
"Jom pakat ramai-ramai datang ke rumah prostar sepang!"

Monday, December 6, 2010

Tuesday, November 16, 2010

Informasi Kelab Prostar Sepang

Apakah objektif sebenar PROSTAR?


Objektif utama PROSTAR adalah bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV serta cara pencegahan dan kawalannya.
 

Siapa boleh sertai program PROSTAR ni?

Kumpulan sasaran bagi program ini ialah remaja di dalam lingkungan 13 hingga 25 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah, maktab, kolej dan universiti, pelatih rakan muda, ahli persatuan badan beruniform, pekerja kilang dan lain-lain yang berkaitan.


Apa itu HIV/AIDS?

HIV adalah singkatan daripada perkataan Human Immunodeficiency Virus manakala AIDS adalah singkatan dari Acquired Immunodefiency Syndrome. Ia adalah satu penyakit yang menyerang sistem imuniti badan seterusnya akan menyebabkan badan gagal berfungsi dengan baik untuk mempertahan dan mengawal badan dari melawan sebarang jenis kuman penyebab penyakit atau barah.
 

Apa kelebihan ahli kelab PROSTAR?
Sebagai ahli PROSTAR yang berdaftar, anda akan dapat menyertai program yang telah dirangka khusus dan teratur oleh pihak kelab. Anda boleh sertai Kem Motivasi, Kesenian, Kuiz serta berkenalan dengan kawan-kawan baru serata Malaysia. 
 

Formula PROSTAR

+ Tambah Pengetahuan
- Tolak Risiko
/ Bahagi Tanggungjawab
X Gandakan Usaha
= Remaja Sihat Tanpa AIDS

Prostar Sepang

Prostar Sepang
Kenangan Di Princess Haliza,Sepang 2010.

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi Kelab Prostar Daerah Sepang

Terima kasih kerana melawat laman blog rasmi Kelab Prostar Daerah Sepang (KPDS).Laman blog ini masih lagi di dalam modifikasi untuk menambahbaikkan blog.sebarang cadangan dan aduan sila emailkan kepada webmaster : kelabprostarsepang@yahoo.com

Tujuan Prostar ditubuhkan adalah berdasarkan :-

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan serta kerjasama agensi-agensi berkaitan dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja Malaysia. Kelab Prostar merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dengan pelbagai rangkaian atau cawangan di seluruh Malaysia. Semua remaja Malaysia layak untuk menyertai kelab prostar sepang ini.

Mesyuarat Agong Kelab Prostar Malaysia Kali Ke 11

MESYUARAT AGUNG KELAB PROSTAR MALAYSIA KALI KE 11 -

Tarikh : 30 Disember 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi-5.00 Petang.
Tempat : Dewan Megapuri, Tingkat 30, Bangunan DBKL,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur


"Bersama Menjana Transformasi 1 Malaysia"