Prostar Sepang menghantar wakil seramai 4 orang :-
1. En Mohd Fadil
2. En Sahrizan
3. En Osman
4. Cik Asfariza
Monday, December 6, 2010
Tuesday, November 16, 2010
Informasi Kelab Prostar Sepang
Apakah objektif sebenar PROSTAR?
Objektif utama PROSTAR adalah bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV serta cara pencegahan dan kawalannya.
Siapa boleh sertai program PROSTAR ni?
Kumpulan sasaran bagi program ini ialah remaja di dalam lingkungan 13 hingga 25 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah, maktab, kolej dan universiti, pelatih rakan muda, ahli persatuan badan beruniform, pekerja kilang dan lain-lain yang berkaitan.
Apa itu HIV/AIDS?
HIV adalah singkatan daripada perkataan Human Immunodeficiency Virus manakala AIDS adalah singkatan dari Acquired Immunodefiency Syndrome. Ia adalah satu penyakit yang menyerang sistem imuniti badan seterusnya akan menyebabkan badan gagal berfungsi dengan baik untuk mempertahan dan mengawal badan dari melawan sebarang jenis kuman penyebab penyakit atau barah.
Apa kelebihan ahli kelab PROSTAR?
Sebagai ahli PROSTAR yang berdaftar, anda akan dapat menyertai program yang telah dirangka khusus dan teratur oleh pihak kelab. Anda boleh sertai Kem Motivasi, Kesenian, Kuiz serta berkenalan dengan kawan-kawan baru serata Malaysia.
Formula PROSTAR
+ Tambah Pengetahuan
- Tolak Risiko
/ Bahagi Tanggungjawab
X Gandakan Usaha
= Remaja Sihat Tanpa AIDS
- Tolak Risiko
/ Bahagi Tanggungjawab
X Gandakan Usaha
= Remaja Sihat Tanpa AIDS
Monday, November 15, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi Kelab Prostar Daerah Sepang
Terima kasih kerana melawat laman blog rasmi Kelab Prostar Daerah Sepang (KPDS).Laman blog ini masih lagi di dalam modifikasi untuk menambahbaikkan blog.sebarang cadangan dan aduan sila emailkan kepada webmaster : kelabprostarsepang@yahoo.com
Tujuan Prostar ditubuhkan adalah berdasarkan :-
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan serta kerjasama agensi-agensi berkaitan dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja Malaysia. Kelab Prostar merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dengan pelbagai rangkaian atau cawangan di seluruh Malaysia. Semua remaja Malaysia layak untuk menyertai kelab prostar sepang ini.
Mesyuarat Agong Kelab Prostar Malaysia Kali Ke 11
MESYUARAT AGUNG KELAB PROSTAR MALAYSIA KALI KE 11 -
Tarikh : 30 Disember 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi-5.00 Petang.
Tempat : Dewan Megapuri, Tingkat 30, Bangunan DBKL,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
"Bersama Menjana Transformasi 1 Malaysia"